5 wawee~~

Huhu.. Ntah nape, oleh sebab ramai bebenor yang dok pi mintak nak balik bermalam hujung minggu nih, maka para warden pun bersetuju untuk 'melepaskan' kitorang buat kali terakhir sebelum SPM. Dan sebab itu juga, aku tengah meligatkan jari-jemari aku kat atas keyboard nih. Haha.. Yup, aku tengah kat rumah le. Apa, homesick?? Sukati aku la!!! Muahahahahaha!!!!! Lagipun, pasni tak balik lagi taw. Insya-Allah lepas SPM baru le jejak balik rumah nih.

Adoy... SPM tinggal lebih kurang 11 hari je lagi. Masya Allah, that's less than 2 weeks!! Of course la aku tengah cuak sekarang nih.. Alamak, waktu-waktu gini le baru nak rasa menyesal coz banyak memain dalam kelas sepanjang cikgu mengajar. Huhu, padan muka...

Just a few nights ago, shooke talked about something that memang sumer orang dah agak yang perkara tu akan diperborakkan waktu-waktu gini. Yup, sejak form 1 lagi we all memang dah jangka yang perbualan nih akan timbul. Perbualan pasal apa? Ala.. macam la korang tak pernah jangka...

Nametag kelas. The 'W' stands for 'wawee..'

"Time form 1 dulu, punya la lama nak tunggu habis skul. Sekarang ni dah nak abis form 5, rasa cam kejap sangat la pulak kan?"

Huhuhu, rasa terharu lak bila beliau cakap gitu. (^_^) Then we talked about the sweet, sweeeeeet memories from form 1 until form 5. Jujur aku cakap, malam tu rasa terharu la pulak. Hahaha...

5 Wawasan

5 wawee~~~

Seriously guys, 5 Wawasan (nickname:wawee..haha) is the best class I've ever been throughout my 5 years here. Thanks to you guys, I learned how it feels to be friends with such unique and different persons. Yup, unlike my previous classes, I really think that 5 wawee is the class which has the most diverse types of students. And by that, I learned many, many new things. Thanks guys =)


Aku tak sabar nak baca seloka yang kita submit untuk masuk majalah ASAS tu. Heheh, special thanks also to t.m., acap murray, k-lo and aponkt atas sokongan anda menyiapkan seloka kita malam tu. Muahaha :D

Kepada group semeja aku: payik, shooke, afiq akmal, zomba, and ayenkt, selagi mana SPM tak membunuh kita, selagi tu kita takkan give up walau apa jadi sekalipun ok. That is a PROMISE.

Ceh, seronok bebenor korang bedal chocolate cake ek...

Wokeh guys, sekarang kita cuma tinggal seperkara je lagi. Dear respected comrades of 5 wawee, we still have at least one more battlefield to go through. Yup, and that battlefield will not merely be just a typical battlefield. Some even say that it shall be the most difficult in the life of a student. So what will we do? Heh, isn't it obvious? =)

5 WAWEE, MARCHHHHHH!!!!!!!!!

~sir ahmad shah~ziq wee~zomba~musang~ayenkt~shooke~poj@n~payik~monas jr~aponkt~pidot~earn_cool~caldo~afiq ash~sebu~naqiu~w.a.i.b.i.~e-shad~nia~bobo~yoda~kb~gerrard~acap murray~k-lo~emi~t.m.~

p/s : do pray for all of us.
may we all score the best of the results..
100% straight A+, INSYA-ALLAH
amin.....

a lil' more pain to endure...

Sangat-sangat takde mood untuk menaip sebenarnya. tapi memikirkan yang ini mungkin waktu terluang terakhir yang ada sebelum 'the big battle', maka aku rajinkan jua jari-jemariku ini.

学校はそのままのふつうだった。Nothing much really happened, just a few ceremonies like the Malam Anugerah Kokurikulum, Jamuan Aidilfitri, and the Munajat Perdana PMR & SPM. Next week pulak, ada dinner for the fivers. Oh ya, lupa lak nak bagitau yang the venue of our dinner dah ditukar ke Mariott Hotel, Putrajaya. Huh, so much for the grand palace, eh? Huhu...

Dressing aku untuk malam tu dah setel dah. Black & white hat, black long-sleeved shirt, stripy black & white necktie, white trousers, and black leather shoes. Aik, semuanya black & white? Lho, dah memang itu theme nyer dong. Plus, my whole dressing costs not more than even RM100. Huhu, mangat lagi saper yang pi beli dressing mahal-mahal tu..

Approximately 5 weeks & 3 days lagi ke SPM. Adoi le, makin hari, makin dekat, makin hampir, dan makin cuak la pulak ye. Of course la almost every candidate pun tertanya-tanya kepada diri sendiri, "Boleh ke score straight A1 nih?" Haha, teruskanlah merisaukan diri kita semua ye..

And of course jugak, this period of 5 weeks+ will surely brings a tonneful of stress onto ourselves. Ala, perkara biasa la tu. Aku pun risau bangat nih maa... And to tell you the truth, my current motivation level is very low.

Adoi... Ni la jadinya apabila peranan 'sumber motivasi' tu diletakkan kepada sesuatu atau 'seseorang' yang tak sepatutnya. I had been searching for my source of motivation for such a long time, not to notice that it is actually very near, even nearer than my own vertebral arteries & veins. Benar, sumber mitovasi yang paling utama sebenarnya ialah ALLAH.

Selama ni, aku telah meletakkan peranan itu kepada orang yang salah. Atau kalau mungkin orang yang betul sekalipun, I didn't put Allah as the main source. Kalau kita menjadikan ibu bapa sebagai sumber motivasi sekalipun, ia tetap salah sekiranya Allah tidak menjadi sumber motivasi yang lebih utama. Sebab itulah kadangkala kita berasa down, kerana sumber motivasi kita kadangkala pudar. Berbeza pulak dengan Allah yang bersifat Maha Kekal.

Still, sampai sekarang aku masih lagi stres yang amat. Barangkali kerana selama ini aku terlalu menjauhkan diri dari Allah, maka sekarang aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati-Nya kembali.

Why stress? Ish, tak perlu tanya la.. Kalau nak buat list, sampai pagi nanti pun tak habis lagi rasanya. Stres gini la yang amat-amatlah menggoda kita untuk melakukan perkara-perkara bodoh. e.g. pukul orang, lados, vandalisme, dan banyak lagi lah. Ternyata kalau wujudnya course 'evil seduction', maka syaitanlah pemegang PhD yang paling expertnya.

As I said earlier, this may be my last post until the end of the big battle. So aku nak mengambil kesempatan ni untuk mohon maaf dan doa dari semua orang. I know that I'm still young and stupid, but trust me, I'm trying my very best to improve myself. This will be one of the toughest exams in my whole life, so of course I'm very very nervous. Maka doakan la aku, kerana sesungguhnya doa itu senjata orang beriman.

Aku jugak nak mintak agar kita semua keep on praying for one of my best friends, Ilham Afifi Bin Ayob. He's currently under treatment and most probably won't be sitting for the SPM with the rest of us. Air mata aku dah kering menangisi dia, tapi akhirnya aku sedar yang menangis takkan mengubah apa-apa. Maka aku berjanji tidak akan menangis lagi sampai la amik result SPM nanti, kecuali kalau menangis itu di hadapan Allah sahaja. Let's just keep on praying, and also keep on struggling for the big battle.

"Ya Allah, Kau kurniakanlah yang terbaik dari sisi-Mu untuk kami. Amin ya Rabbal 'alamiin."

Tribute to Ilham Afifi Bin Ayob,
the fighter who endured the most,
the companion who fought alongside me during the previous battles,
and the friend who helped me find the true motivational source, even in his current state.
O Allah, please help him to endure such great pain, so that he may rise again.

Aku ariyon, dan dia..

Esok pulang, Insya-Allah.

Celaka.

I'm supposed to take lessons from others' mistakes.

O Allah, please guide me.

Celaka apakah ini?

Aduh, syaitan barangkali.

Aahh! This should be the time to wake up from fantasy, and face the reality!

Memang celaka.

Even the 赤い悪魔's victory can't seem to make me feel right tonight.

しかも、明日もう学校へ帰らなきゃ。。。

Cis!

Bercelaru!

Segala-galanya celaru!

Aku bagaikan ariyon, dan dia kartini.

Cuma lebih baik lagi..

Celaka.

Ya Allah, semoga bi'ah tarbiyyahmu mampu menjinakkan kembali..

Hati yang celaru ini.

Akma, Fadhil, Khaleeq, Hasrul, aku rindu kamu semua.

Semoga saf pertama bakal membetulkan segalanya.

Amin..

fivers' dinner..

Wokeh, pengumuman. As far as I know, this is the latest news on our dinner. Chipet gitau, tarikh dinner akan ditukar ke 14hb, hari Rabu. Saper yang masih takde baju (termasuk aku), setelkan la cepat-cepat. Muahahaha..

Esok insya-Allah nak pi KL, cari clothes untuk dinner, not to forget dressing untuk scholarship interviews. Bak kata monas, nanti tak payah le susah-susah nak beli baju lain. Betul betul betul..

1st of Syawal 1430H..

Wah... Bukan main seronok pagi tu. Lepas subuh, terus pi sarapan (makan rendang), and then mandi dan bersiap-siap untuk sembahyang raya. Sori la bean, aku solat kat sini je. Kalau naik skateboard pi masjid negara, aku cuak traffic jam la pulak. Heheh..

After solat, kitorang sumer berkumpul kat ruang tamu for photography session. Sian jugak kat Abg Ashraf, dia sorang je yang takde time tu sebab kena bertugas kat tempat kerja. Huhu, sian.. Tapi takpe, sesi bergambar satu keluarga di pagi raya mesti diteruskan, no matter what.

Bukan main susah nak tangkap gambar Naufal & the twins. Dzakuan jugak yang good boy, beliau cool je. Heheh.. Setelah beberapa cubaan, maka ni la gambar terbaik pagi tu. (Aik, pehal Abg Wah tetiba je pendek bebenor??)


And then we're off to Atuk's house!! Balik kampung.. Ho ho ho balik kampung.. (cam santa claus la pulak..) 1 Syawal tahun ni, tak ramai sangat sedara-mara yang ada kat rumah Atuk. Kebanyakan adik-beradik Abah pi beraya kat rumah mentua masing-masing dulu. Huhu..


We departed home the very same afternoon. Aik, kejap nyer balik kampung?? Haha, rilek dulu.. Hari raya kedua insya-Allah kita balik la lagi, baraan ke rumah sedara-mara sebelah Mak pulak. Heheh..